Salam
Hari ini saya hendak senaraikan 10 jenis ketagih. Ianya terdiri dari :
1) ketagih rokok
2) ketagih TV and media
3) ketagih bolasepak EPL
4) ketagih minum kopi di kedai mamak
5) ketagih dengar ceramah agama - dengar sahaja / tetapi tak buat apa apa terutama di kalangan pesara/ orang awam yg sudah lanjut umurnya
6) ketagih menghisap gam / candu
7) ketagih main SMS siang dan malam
8) ketagih internet
9) ketagih berhutang keliling pinggang
10) ketagih kasih suami/ isteri/ anak-anak
-------------------
Huraian:
Saya nak huraikan 1 , 2 jenis ketagih sahaja pada malam ini.
1)Ketagih rokok - ini membinasakan diri sendiri. Saya ada ramai saudara yang sudah mati kerana candu rokok sama ada dihisap secara total / direct ataupun indirect sejak berpupuh-puluh tahun lamanya. Ramai orang melayu kampung .. bila cikgu tanya .. Azman tak bayar lagi yuran sekolah .. dia jawab ..tidak ada duit Cikgu .. nak belanja sekolah anak tetapi dia (ayah pada Azman) ada wang untuk membeli rokok DUNHILL / CAMEL setiap hari. Ketagih jenis ini senang .. dapat. How? lepas makan nasi , cuba hisab rokok. Lama lama terlekatlah ketagihan ini. Cukup bahaya!
Alangkah ruginya , bukan?
2) Ketagih mendengar ceramah agama sama ada dari madrasah/ ASTRO TV
Ini pun ..satu hal jugak. Suka sangat dengar ceramah agama .. pagi pagi dah buka TV ASTRO dan mula mendengar ceramah agama. Tetapi sayangnya .. segelintir orang pompuan melayu lah ..tak ingat nak tanak air ..panas dan hidangkan kpd pak haji (suaminya)..untuk pujuk pujuk ... si suami.. bersarapan di rumah sahajalah. Jangan pergi ke kedai kopi lagi. Tetapi di tempat saya .. ramai orang lelaki suka minum pagi di warung mamak / cina / .. kerana isteri leka dengar ceramah dari TV/ ASTRO sahaja. Saya tak faham ini... macamlah. Suka dengar sahaja .. buatnya itu masih kurang. Tak faham saya.
Itu sahajalah untuk malam ini. Kita berkongsi idea. Mengapa jadi begini? Saya tak tahu sangat. Yang saya tahu , di Kelantan ..pada tahun 1960'an ..makanan-makanan / sarapan cukuplah murah. Orang pompuan kata ..dari buat sarapan ..lebih murah ..kita gi beli sahaja di warung itu. Wal hasilnya ..ramai anak-anak dara sendiri tak pandai memasak sesedap makanan makanan dahulu kala.. apa apa pun. Tahniah ..ibu dan bapa. Teruskan mendengar ceramah agama itu. Ketagih pak haji terus menjadi-jadi ... turun dari balisoh / surau/ masjid ... mereka terus turun dan minum kopi di kedai kopi cina/ mamak di sekitar bandar kota bharu kelantan. Halal ko makanan roti kaya tu ji? He..he..
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment