Salam
Dalam dunia pendidikan .. semua guru mengajar anak-anak muridnya supaya mereka faham subjek dan memperolehi gred skor "A", ""B" atau .. C, D,E. TEtapi semua guru ..mempunyai niat yang suci murni .. mahu semua anak anak didik dia skor A dalam semua keadaan. Why? Dunia sekarang menjulang orang orang yang cemerlang ..dan mereka yang tidak cemerlang .. mereka akan dilupakan bila masa terus beredar.
2) Dalam B.M terdapat tiga istilah .. tanda kecemerlangan. Bijak, cerdik dan pandai. Jika student A selalu skor A+ dalam maths, sciences dan Bahasa .. dan mendapat tempat pertama ... dalam kalangan rakan-rakannya dalam 1 peperiksaan besar .. dia akan diberi peluang ..naik pentas ..untuk dapat hadiah kecemerlangan dan ..
Pendek cerita .. pelajar A ..dapat hadiah kerana dia pandailah/ cerdiklah/ bijaklah. Dia pandai sedikit dari rakan-rakannya yg lain. Mana ada kata ..mu dapat rezeki lebih hari ini jali. Entah?
Sepanjang saya bersekolah di Johor, Terengganu dan Perak .. tak ada lagi ustaz/ ustazah yg terkenal dengan kitab kitab agama yg tebal tebal ..datang menghampiri ku .. dan memberi ucapan tahniah .. dan mengucapkan .. baguslah mu ada rezeki hari ini jali . He..he.. Yang biasa saya dapat ialah pujian , sanjungan dari PIBG .. dan juga KOP. (Koperasi Polis Malaysia). Tak ada lagi Ketua Polis Negara .. menghantarkan surat .. kepada pelajar A itu .. dalam kandungan surat ..tertulis satu ayat seperti "..memang rezeki mu dapat nombor 1 . tahniah..."
tak tahulah ..zaman sekarang ada ustaz DOn, ustaz Azhar Gaanu kita .. orang akan menulis ..dengan ayat ..".. sehubungan dengan kejayaan tuan menggondol tempat pertama dalam MCE dalam kalangan anak anak polis negara ini .. memang rezeki tuan memperolehi .. tempat pertama .. dalam senarai pelajar pelajar cemerlang ...tahniah!
3) Yang biasa saya dengar rangkap ayat ".. tak ada rezeki lagi lah cikgu "... ialah bila saya tanya .. anak anak murid saya berumur 35 tahun ke atas .. haik .. mana anak anak nyor? Then dia jawab .. tak ada rezeki lagi lah cikgu. Belum dapat anak lagi walaupun .. sudah berumah tangga . .. 15 tahun lamanya.
Bila kita berjumpa .. orang bisnes yg diistihar bankrap .. tak ada lagi saya dengar dalam Berita Perdana Jam 8 .. usahawan melayu .. nampaknya belum ada rezeki lagi .. menembusi pasaran negara arab sejak tahun 2000 hinggalah sekarang ... KIta melayu tak ada rezeki lagi .. walaupun pak pak arab Saudi Mekah dan Madinah ..memuji tinggi melangit kebaikan , disiplin ..
Yang selalu kita dengar .. UTM meraikan 3 pelajar kreatifnya .. kerana kebijaksanaan, kepandaian, kecerdikan merekacipta satu mesin terbaru .. di mana kereta baru mereka dapat dipandu . lebih jauh lagi dari kereta kereta konvensional selama ini . Bijok dio!
Mana ada orang mengucapkan "..alhamdulilah .. syukur kita kpd tuhan robal alameen .. 3 orang pelajar UTM .. murah rezeki mereka .. dapat melahirkan 1 prototaip .. di mana kereta ini dapat dipandu lebih jauh dengan penggunaan minyak yg paling minima."
4) Dalam sesebuah universiti .. untuk proses ..temuduga .. biasiswa . Masters dan PhD .. mereka mahu calon calon cemerlang .. dapat ijazah sarjana muda Class Pertama / Kedua Atas .. dan bukan Class 3 atau Lulus santai sahaja..
Pendek kata ..universiti dan JPA .. pilih calon paling cemerlang ..untuk proses temuduga .. berjaya temuduga .. dan memperolehi .. biasiswa RM500,000 untuk pengajian PHD dii luar negara.
Mana ada .. universiti nak temu duga .. orang yg ada rezeki lebih dan lebih hari ini .. untuk menyambung pengajian PHD mereka di bawah tajaan JPA/KPTM.
Janggallah ayat begini .. ada rezeki lebih dan lebih hari ini.
Pendek cerita .. universiti pilih calon paling pandai, cerdik dan bijak sekali .. untuk melanjutkan pengajian peringkat PhD .. dan seterusnya berjaya dan mengharumkan nama universiti, negara dan agamanya.
Dulu tahun 1994/95 dalam satu uparcara .. di Institut Aminudin Baki, Sri Layang .. Pengarah IAB .. berucap.... Syukurlah tuan tuan puan sekalian .. yg bijaksana, ..tuan puan terpilih dari kalangan beribu-ribu pegawai perkhidmatan pendidikan untuk melanjutkan pengajian peringkat masters dan phd luar negara .. Kita pilih tuan/puan hari ini ..kerana kami yakin ..tuan/puan ada elemen kebijaksanaan, kecerdikan, kepandaian ... bla bla bla.
Tak ada pun ayat pun berbunyi seperti ini.
Rezeki tuan/puan lebih banyak hari ini. Rezeki anak puan dalam perut lebih sedikit hari ini. He..he..
SEbab itu tuan/puan terpilih untuk ngaji ke seberang laut .. England, Amerika dan Australia.
Pendek kata .. Pengarah itu menggunakan istilah pandai, cerdik dan bijak juga akhirnya.
5) After proses temu duga, berjaya dicalonkan ..terbang ke USA/UK/ Perancis/ Australia/ New Zealand/ Jepun/ KOrea Selatan .. calon itu belajar dan belajar dengan penuh gigih, tabah , sabar .. after some time .. universiti .. tak menganugerahkan .. PHD kepadanya .. mungkin .. untuk sedapkan hati .. buletin universiti akan mengeluarkan statement seperti berikut :
Berikut adalah calon-calon kita yg tak ada rezeki dalam PHD mereka selama 3 - 4 tahun yang lalu. Al Fatihah.
X
XX
XXX
XYY
XYXY
XYZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ ( tidur dan terus lena).
-----------------------------------------------------------
SEkian sahajalah ..
Yang baik dari Allah Taala dan yang lemah itu .. semua kesilapan saya secara sengaja/ tak sengaja.
Maafkan saya . Saya anak polis pangkat konstabel sahaja. Mana pandai nak susun ayat-ayat seperti anak anak orang pandai pandai zaman dahulu kala. Maafkan saya. Lagipun tok guru tok guru saya majority nya orang kafir jerrrrrrrrrrrr. Cikgu bangsa Cino, India, Orang-orang Puteh Peace Corp dan Benggali.
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment