Salam
Syukur saya dapat berada di opis lagi. Syukur ada rezeki lagi buat masa ini dengan izin Allah Taala. Ada rezeki lagi nak pandu kereta dari rumah ke opis. Syukurlah banyak-banyak kpd semua nikmat tuhan kurniakan kpd kita selama ini. Alhamdulilah.
2) Sebagaimana yang saya janjikan ... di sini adalah beberapa sebab ... seseorang itu tak lulus PhD. Sebab-sebabnya ialah :
2.1 tak ada rezeki (sebutlah rangkap ayat ini 1,000,000 kali)
Setelah berada di England selama 4 tahun .. saya dengan ini .. merumuskan kegagalan saya memperolehi PhD adalah kerana 'tidak ada rezekiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lah tuan'. Bijok/ tepat sekali .
2.2 supervisor(s) semua yahudi dan nasaror
Sejak hari pertama mereka melihat saya dari atas ke bawah .. mimik wajah mereka ..dah sahlah mereka tak suka kat aku/ muslim dan ada janggut 'kambing' dengan tasbeeh di sebelah tangan kananku. Kaki seluarku ..tinggi sedikit dari buku lali. Apo leh buat.. mengentel tasbeeh sudah jadi hobi aku sejak dulu lagi. Mulut tak leh .. tak sebut ..subhanallah, alhamdulilah dan Allah Akbar 100,000 kali siang dan malam.
2.3 library
Hishhh ..tak sedaplah baca buku/ journals kat library .. ramai budok tino mat salleh ..pakai seluar ..ketat-ketat ..payah nak jaga mata. Lebih baik study kat rumah sahaja.
2.4 study kat rumah orang pakistan/ india di Birmingham
Study kat rumah ..sedapnya hanya boleh bertahan selama 2 jam sahaja. Selepas itu , rasa dahagalah. Nak buat air. After that tengok TV jap. Hushh ..ada bola Euro ..? hishh ..best ni ..jom tengok bola . Holland versus Brazil.
After program bola .. isteri dah turun .. nak masak nasi. Abah tok gi ambik anok-anok kor ..sekolah tu. Mereka keluar awal sekolah today. Ok boss! Bahhhhhh.. ayam dah habis. Gi beli jap. Ok boss!
Soon ada bunyi .. orang ketuk pintu umah/ tuan rumah pakistan .. nak masuk check bumbung rumah ..dia kata may be ada leaking. Sebenarnya ..datang tu .. nak mintak duit sewa rumah awal sedikit dari biasa.
Bila anak anak dah pulang dari sekolah .. banyak cerita .. itu dan ini dari anak-anak/ fokus ngaji PhD dah jadi blur ..blurrer dan blurest .. gitu lah setiap hari.
Dari hari 25 ke hari 1200 hari (4 tahun di U-K).
2.5 tahap kesihatan diri sendiri dan anak-anak bini
sekejap si bongsu demam/ sekejap si along demam / sekejap mak dia ..sakit kepala. Jom .. kita gi klinik NHS national health service. Soon the news .. congratulation Mr Khalid ..you are going to have another baby.... Bravo!
Memang hidup di England ..sedap tidur .. sejuk ..pakai ..quilt .. dan macam macam pakai. Banyak jugalah masa ..tidur dari betul betul baca buku, journals, tulis papers for conferences etc etc. Tk mau gi library? Huhhh .. susah nak jaga mata di library itu.
2.6 weekends
Semasa weekends .. ada car boots. Mesti pergi punya. Bawak jalan anak-anak. Ambik oxygen sikit sikit jika gi melalui park itu dan park ini. So siang tu .. bersiar-siar. Tengah hari itu ..badan penatlah. Jgn kacau abah.. Abah nak tidur jap ok?
After 300 pm ..kawan kawan melayu datang. Ajak outing ke Nottingham ..check kereta merx 230E. Sterling pound 4500 jer. Jom ..li .. kito gi tengok jap.
Malam .. badan semakin penat. Banyak tidur lagi.
2.7 sesi penulisan untuk proceedings, journals dan lain-lain
Belum buat apa apa solid lagi. Dok urus anak anak gi mari gi marghi gi sekolah. Lagi pun isteri nak boleh new baby lagi.
2.8 experiment di laboratory
Belum leh buat apa-apa yg solid lagi. Universiti tolong pesan 'barang' nak set up experiment aku ini.
Tunggu punya tunggu .. tiba tiba datang news ..supervisor mati mengejut. Stroke. Heart attack. Dalam bahasa melayu .. serangan jantung. Mu tak ada rezeki lagi lah tu.
After kematian supervisor .. universiti mintok aku cari new supervisors. Semua tok setuju ..proposal pertama dulu dulu dgn supervisor (mendiang) itu. Yang professors baru.. semua kata kena tukar proposal itu. Adushhh hai.
By the time .. proposal baru siap dibuat .. new baby has come. Urus new baby pulak. Temperature rumah tak sesuai dgn baby. pindah rumah baru pulokkk.. aduhai.
tiba-tiba tahun 2 PhD sudah datang.
Begitulah laghu nyor.
2.9 discussion , presentation students post graduate
Semua kawan kawan aku excited membentangkan research dan findings mereka. Bila giliran aku datang .. nama aku dipanggil .. aku naik stage .. intro berehhh, Lit review bereh ..... , mmethodology .. tersangkut .. findings .. NONE so far .. then the killing blow came.. we are so disappointed with you Mr Khalid. Last year ..u told us ..u need time to readjust to Birmingham life style ..now 2nd year .. there is nothing new about your work n i see that there is no progress ..what so ever .. Mr Khalid.
2.10 pasca kpd discussion n presentation session tadi
Hati ku sakit. Prof Brown memalukan aku. Bedebah kau.
After that .. my relationship with my new supervisor ..was going downhill all the way .. bitter to hell experience.
In short after 4 years .. jom pack barang sayang. Kita balik jer lah Malaysia itu.
Why? tak ada rezeki lahhhhh sayang. I wanted to fail myself ...
Blind me ..what you say abah? Aku fail lahhh
haik ..belum viva phd apa apa ..dah fail? gila .. abah ini.
2.11 after 2 weeks in Malaysia after .. UK experience
The university was inteerviewing me. Why you fail?
The answer ..I tried all my best. In short no rezeki Profsssss .. so sorry. No rezeki .. they did not like me .. religious issues .. i could not understand the slang/ loghat inggeris dio tu / ... they said my english is not PhD level yet after 4 years etc etc etc
In short ... no rezeki Proffsss.
Ok then.
We want to shoot you .. (laugh).
ITu jer sebab-sebab nya. Boleh tak buat filem tajaan Zaiton industries ini?
SEkian.
Wasallam.
Wallahu aklam. Tak ada rezeki lahhhh .
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya pernah mendengar kisah seorang professor yang juga seorang ahli jemaah tabligh yg suka berdakwah.
dia mendapat tempat utk membuat phd di cornell university, antara 10 universiti terbaik di amerika syarikat. universiti ini terkenal dgn peraturan kemasukan yg ketat dan mencabar.
kerana terlalu bersemangat membuat usaha dakwah semasa menuntut, dia telah *menghilangkan diri* selama setaun. ketika itu dia merasakan bahawa phd bukan lagi sesuatu yg perlu dikejar berbanding akhirat yg kekal abadi. namun, atas desakan maulana dan ahli jemaah lain, dia telah kembali semula ke universiti.
menurut lumrahnya, seorang pelajar phd yg hilang selama setahun tidak akan diberi peluang utk sambung kembali, tetapi alhamdulillah, kerana rezkinya ada di sana, dia telah diberi izin untuk menyambung kajian phdnya semula.
akhirnya dia telah berjaya menyempurnakan phdnya dan kembali ke tanah air dgn segulung ijazah.
berbalik kepada soalan rezeki, kerana itulah disarankan pelajar-pelajar yg ingin menyambung pelajaran di luar negara supaya istiharah terlebih dahulu, samada patut atau tidak pergi ke sana dan jika ya, dalam memilih universiti mana yg patut pergi. kerana kita tidak tahu, jika ada rezeki kita di sana ataupun tidak. tetapi Allah swt tahu, apa yg didepan (masa akan datang) dan apa yg dibelakang (masa lalu).
2:255 (ayat kursi)
...
Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar
namun, kita diwajibkan utk berusaha, tetapi natijah usaha tertakluk sepenuhnya kpd Allah swt. dan semua urusan berkaitan dgn rezeki telah ditetapkan oleh Allah swt ketika lahirya seseorang.
57:22 Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
57:23 (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,
ada beberapa amalan yg boleh menambah kemurahan rezeki in shaa Allah. antaranya ialah bersedekah.
2:245 Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan
wallahualam.